Wednesday, November 23, 2011

KELAS CREAM PUFF & TARTLETS

Salam & haloo u olls, sape-sape yang nak belajar buat cream puff n tartlets yang sedap (dijamin 100%), ada berita baik....bermula hari ni pendaftaran kelas cream puff & tartlets untuk telah dibuka ...cepat-cepat, jangan ketinggalan. Call /sms eeja di 013-6143177. Detail kelas as below :-



KELAS CREAM PUFF (PERSONAL)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hands-on)
  • Anda akan diajar cara mudah untuk membuat cream puff dan custard filing yang sedap
  • Cara menentukan harga jualan
  • Tips
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10 pagi - 1 tengahari (atau anda tentukan sendiri)
  • Yuran RM150 seorang 
  • Hanya 1-2 orang untuk satu kelas
  • Anda akan bawa pulang hampir 100 biji cream puff yg sudah siap



KELAS TARTLETS (FRUIT TART, BLUEBERRY CHEESE TART & COKLAT TART)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hands-on)
  • Anda akan diajar cara mudah untuk membuat kulit tart (shell) yang rangup dan tahan lama
  • Anda akan diajar membuat 3 jenis filing iaitu custard, coklat dan blueberry cheese.
  • Cara menentukan harga jualan
  • Tips
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10 pagi - 1 tengahari
  • Yuran RM150 seorang
  • Hanya 1-2 orang untuk satu kelas
  • Anda akan bawa pulang 60 biji pelbagai jenis tart plus baki filling yang ada. 

Tuesday, November 8, 2011

EBOOK MARI BELAJAR MEMBUAT COKLAT : KINI BERADA DI PASARAN

Salam & haloo u olls...Alhamdulillah..akhirnya, ebook MARI BELAJAR MEMBUAT HOMEMADE COKLAT telah berjaya disiapkan. Ini semua adalah atas permintaan mereka yang tidak dapat hadir ke kelas saya atas sebab-sebab tertentu. Antara isi kandungan ebook setebal 18 mukasurat ini ialah :-

1. Jenis-jenis coklat - compound vs couverture
2. Penyediaan coklat - teknik tempering vs teknik double boiler
3. 4 jenis teknik membuat coklat - acuan, kelongsong, salutan dan jatuhan (drops)
4. 12 resepi coklat serta 3 resepi filling (inti) yang boleh dikomersialkan - diajar step by step
5. tip-tip berguna
6. Perkhidmatan selepas jualan - dibantu secara online secara PERCUMA

MURAH!MURAH! HANYA RM10 SAHAJA (18 MUKASURAT)...

Bagaimana untuk membeli???
Semudah 1234.....
1. Call/sms saya di talian 0136143177
2. Saya akan beri details no akaun
3. Anda bank in RM10, sms tarikh & masa bank in, nama & email
4. Dalam masa 24jam saya akan email ebook MARI BELAJAR MEMBUAT COKLAT kepada ANDA

Lepas tu, boleh la start buat coklat sendiri...yahoo...

COKLAT TERBARU

Salam & haloo u olls....ada 3 jenis coklat terbaru iaitu trios hazelnut, wafer choc bercorak (guna transfer sheet) dan trufle mocha...semuanye yummy2...

Trios Hazelnut


Wafer Choc Bercorak (Menggunakan Transfer Sheet)

Trufle Mocha Bersalut Badam

PERALATAN ASAS & BAHAN MEMBUAT COKLAT

Salam & haloo u olls..lama tak update blog...nak kata bzee x lak gak...lazy ade la..hehehe...entri kali ni simple je...nak memperkenalkan peralatan asas untuk membuat coklat...alat yang basic mesti ada food warmer (bekas pemanas), mangkuk stainless steel, spatula dan acuan..semua ada di rumah ..senang kan nak buat coklat sendiri....

Dari kiri mangkuk stainless, spatula, food warmer & acuan



Edible Image 'Angry Bird'


Transfer Sheet

Ramai yang bertanya macam mana rupanya edible image & transfer sheet? Boleh di makan ke ? Bole...sebab ianya dibuat dari icing sugar. Beraneka corak dan mudah didapati di kedai yang menjual bahan bakeri.

Wednesday, September 14, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!!

Selamat Hari Raya semua Maaf Zahir dan Batin (ade ke???)hehehe....lama tak update blog..bzee cikit dengan jualan biskut raya..Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..ada 2 biskut raya yang kite buat sendiri Wafer Choc n Almond Stripe, yang lain2 jual on behalf je..pas tu raya ke-3 gi Kelantan..anta rombongan meminang untuk suami...ops..(bakal suami orang) hehehe..main2 je..nonono...buat satu hantaran coklat bagi pihak lelaki....Musim raya pun ada permintaan untuk belajar coklat..tima kacih atas sokongan yang diberi...minggu lepas 2 student kolej datang belajar..Hanif n Safuan..tq dik..Jom kita layan gambar lak..

Biskut Wafer Choc

Biskut Almond Stripe

Coklat Hantaran Pertunangan
(Tahniah buat Mus & Nor)

 


Friday, July 15, 2011

KELAS BAKING - CUPCAKES, TARTLETS N CREAM PUFF

Salam semua..hari Rabu baru ni 13hb Julai, hari bersejarah..1st time gi belajar baking...seumur hidup tak pernah buat kek tiba2 gi belajar..hehehe..apa mimpi da...niat di hati cuma satu, nak kembangkan bisnes..badan dah memang kembang..hehehe..hari ni saya belajar buat cupcake vanila n coklat sekali dengan basic deco, 3 jenis tartlets, cheese blueberry, coklat n fruit tart, cream puff n eclairs (betui tak ejaan tu)..kelas bermula kul 10.30pagi sampai 6.30ptg...penat gila...tapi mcm x caya bila tgk hasilnya....


Cupcakes Vanila & Coklat - Gebu-gebu tu....


Cheese Blueberry n Fruit Tarts


Yummie....my favourite.

Chocolate Tart


Cream Puff - yang ni mmg sedap..tabik spring...


Eclairs - tembam2..mcm tuan yang buat..hehehe

1st time mendeco..kelakar, tgn keras gila..

Bunga Ros yang hampir nak jadi..tapi cantik x?


Tuesday, June 14, 2011

PENDAFTARAN KELAS BULAN JULAI 2011

Salam semua,

Pendaftaran untuk kelas Bulan Julai telah dibuka sekarang..Sape-sape yang berminat untuk belajar sila tempah tarikh pilihan anda sebelum terlambat. Kelas akan diadakan setiap hari dari 10pg-1ptg.Tima Kacih...

Wednesday, June 8, 2011

COKLAT UNTUK TEMPAHAN

COKLAT OREO
Packaging : Gold Container


Oreo Icing Flower  - RM1.50



Oreo Edible Image - RM1.70



Oreo Stripe/Plain - RM1.40



COKLAT LOOSE

Plain (Milk/White) - RM0.60


Color/Nuts - RM0.70


Wafer with Icing Flower - RM0.70


Rice Crispy - RM0.60


PACKAGING : PLASTIC CONTAINER (2 PCS)


Color/ Nuts/Rice Crispy - RM1.50/RM1.60 (reben)



White/Milk Choco - RM1.40/RM1.50 (reben)



Wafer with Icing Flower - RM1.50/RM1.60 (reben)

*bagi tempahan 500 ke atas bunga reben diberi PERCUMA.


PACKAGING : GOLD CONTAINER (2 PCS)

Color/Nuts/Rice Crispy - RM1.90/RM2.00 (reben)

Plain White/Milk - RM1.80/RM1.90 (reben)


Wafer with Icing Flower - RM1.90/RM2.00 (reben)


LOLLICHOC


Plain - RM1.20/ Color - RM1.30


PACKAGING : BOX CONTAINER

Color/Nuts/Rice Crispy - RM2.80


Plain (white/milk) - RM2.70
18pcs - RM12.00




NOTA :-
1. Pilihan warna dan gambar (oreo) mengikut tema yang anda kehendaki.
2. Bunga reben akan diberi PERCUMA bagi tempahan 500 biji ke atas.
3. Tempahan 500 biji ke atas perlu diberitahu seminggu lebih awal.

Wednesday, April 13, 2011

KELAS HOMEMADE COKLAT


Anda pengemar coklat?
Ingin belajar membuat coklat sendiri atau ingin menambah pendapatan dengan bisnes coklat?

JOM BELAJAR......
  • Kelas yang berkonsepkan praktikal (hands-on)
  • Kelas akan diadakan pada setiap hari ISNIN hingga AHAD (dari 10pagi - 1petang)
  • Yuran RM150 seorang
  • Hanya 1-2 orang bagi setiap kelas
  • Lokasi di Tmn Bayu Permai, Rawang (berdekatan dgn AEON Jusco Rawang)
APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

     PAKEJ A - RM150.00 (praktikal sepenuhnya)
  • Jenis-jenis coklat : Couverture dan Compound
  • Teknik Tempering bagi Coklat Couverture
  • Belajar membuat 7 jenis coklat yang popular & komersial :-
  • Coklat Praline Badam (Teknik Mould)
  • Coklat Nutty Praline
  • Coklat Oreo Edible Image/Oreo Color
  • Coklat Perisa Oren (Teknik Membuat Kelongsong)
  • Coklat Lollichoc (Teknik Mewarna)
  • Coklat Wafer (Teknik Enrobing)
  • Coklat Trios Hazelnut
  • Pelbagai tips untuk membuat coklat yang berkualiti
  • Cara Pembungkusan
Nota : Sila bawa tupperware kosong. Anda akan bawa pulang min 42 biji coklat.
 
BERMINAT?? Sila hubungi saya EEJA di 013-6143177 untuk mendaftar sekarang!!!

Tuesday, April 12, 2011

GAMBAR COKLAT CUTE

COKLAT OREO EDIBLE IMAGE 
#psst..Comel kan Upin n Ipin?

COKLAT BUNGA ROS BERPERISA OREN
#psst..rose,rose,rose i love u...

COKLAT ROS, BADAM & NUTTY PRALINE
#psst..mcm2 ada

COKLAT NUTTY PRALINE
#psst..round2 d world

COKLAT TEDDY BEAR
#psst...cute x saya??

COKLAT LOLLICHOC
#psst..bear with luv..