Tuesday, January 17, 2012

TIPS BERSAMA EEJA : COKLAT

Salam & haloo u olls, hari ni eeja nak jadi cikgu...(teringin nak jadi cikgu, dalam blog pun jadik le..)okay murid-murid semua dengar & salin apa cikgu nak bagi tau ni...nnti final exam kuar topik ni...hehehe..

Bila kita nak buat coklat yg cantik dan sodap, apa beberapa perkara yang perlu kita tahu....
  1. Semasa membuat candy coklat, pastikan air tidak terkena dengan coklat kerana dengan kehadiran air akan menyebabkan coklat rosak. 
  2. Campuran pewarna dan perisa perlu menggunakan 'oil base' sahaja. Sila baca label sebelum membeli.
  3. Coklat tidak boleh dicairkan berulangkali. Kekerapan maksimum adalah 2-3 kali sahaja.
  4. Coklat Couverture tidak boleh sama sekali bercampur dengan Coklat Compound
  5. Pastikan acuan benar-benar kering sebelum kita gunakannya
  6. Sekiranya terdapat lebihan coklat (yang belum dicairkan), simpan dalam peti sejuk
  7. Sekiranya semasa mencairkan coklat, anda dapati coklat likat, ini adalah disebabkan coklat telah meresap lembapan. Untuk menjadikan coklat 'flowing' kembali, anda boleh campurkan dengan lemak sayuran (shortening) yang telah dicairkan sedikit. Ini hanya untuk Coklat Compound sahaja.
  8. Candy Coklat memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membeku di dalam peti sejuk. (bergantung atas ketebalan acuan)
  9. Untuk mengelakkan coklat berlubang, isikan separuh coklat yang cair dalam acuan dan kemudian ketukkan beberapa kali supaya angin yang terperangkap (trap air bubble) dapat dikeluarkan.
  10. Sekiranya terdapat lebihan edible image, simpan dalam peti sejuk untuk elakkan cetakan menjadi pudar
  11. Basuh acuan (mould) dengan air panas suam.
  12. Untuk mengelakkan candy coklat berpeluh selepas dikeluarkan dari peti sejuk, simpan candy coklat yang telah siap dalam bekas kedap udara, biarkan seketika dalam suhu bilik, baru keluarkan candy coklat tersebut.
Ok la murid2...itu sahaja tips utk kali ini, jgn lupa kita jumpa lagi di minggu hadapan dalam TIPS BERSAMA EEJA...

Tuesday, January 10, 2012

KELAS JANUARI 2012

Salam & haloo u olls...sepanjang bulan Jan ni, kelas-kelas yang pasti akan menarik minat anda untuk belajor spt di bwh :-

1. Kelas Homemade Coklat - 7 jenis coklat yang fofular (popular le...bole bikin bisnes)
2. Kelas Cream Puff dgn Custard Filling (makan satu, nak 10 lagi...punye la sedap)
3. Kelas Fruit Tart, Blueberry Cheese Tart & Coklat Tart (sape yg bernama Cik Tat, kena bljr ni...ahaks)
4. Kelas Vanilla Cupcakes with Strawberry Filling, Coklat Moist Cupcakes & Basic Buttercream Deco
5. Kelas Kek Coklat Moist & Kek Oren Moist (yummy2...makan sorang pun abis..hehehe..)

Apa Yang Menariknya kelas EEJA ni...(banyok le, tak caya meh tgk). Antaranya :-

1. Kelas berkonsepkan Personal & Praktikal (hands on)
2. Kelas yang FUN & ENJOY...no stress2...cikgu yang baikhati (ahaks..akak la tu..)
3. Kelas ada setiap hari bermula 9.30am - 1pm (student bole pilih sendiri bila, kelas mana nak join..it's up to u)
4. Yuran hanya RM150 seorang untuk satu kelas
5. DISKAUN akan diberikan jika ambil lebih dari 1 kelas...
6. Hanya 1-2 orang dalam satu kelas. (cikgu akan memberi tumpuan sepenuhnya...best kan)

Apa lagi? Cepat-cepat mendaftar...calling2 me..0136143177

Tuesday, January 3, 2012

KELAS CUPCAKES - VANILLA & COKLAT MOIST

Salam & haloo u olls....HAPPY NEW YEAR 2012...sempena tahun baru ni, ada kelas baru u olls...kelas cupcakes.. Vanilla cupcakes with Strawberry filling, ada inti..yummy..yummy. Satu lagi, cupcake Coklat Moist..yang ni sesuai bagi mereka yang tak makan butter..sebab akak guna Corn Oil..tapi rasanya..sodap..x yah ceta pjg2..kita layan je gambar ni...opps tunggu sat, selain dari tu akak akan ajar how to decorate ur cupcakes using buttercream (aisey..speaking London jap..hehehe).ok kita layan gambar2 ni..pas tu akak bagi tau detail kelas ye...

 Vanilla Cupcake With Strawberry Filling

 Coklat Moist Cupcake with Snow Powder


Basic Buttercream Deco

KELAS CUPCAKES (PERSONAL)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hand ons) 
  • Anda akan diajar bagaimana membuat cupcakes yang sedap n menarik
  • Anda akan diajar bagaimana utk mendeko cupcake menggunakan buttercream
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10am-1pm (atau anda boleh tentukan sendiri tarikh & masa)
  • Yuran hanya RM150 sahaja
  • Hanya 1-2 orang dalam satu kelas