Misa bersama sebahagian daripada cupcakes & muffins yg dihasilnya
Salam n haloo u olls...8hb Mei, Misa dari Klang datang belajar cupcakes & muffins...Ni 2nd time Misa datang kelas Eeja...last time dia datang bersama adik ipar dia, Nurul tapi kali dia datang bersama cik abang dia yg setia menunggu hingga tamat kelas...Misa buat 2 jenis cupcakes, coklat & vanilla cupcakes bersama toppinr buttercream..pas tu dia belajar 4 jenis muffins, banana muffin, coklat cips muffin, buttermilk muffin & orange poppy seeds muffin..as promised, kat sini akak bg resepi banana muffin 2nd version...so Misa, all de best ya..
RESEPI BANANA MUFFIN
Bahan Kering
2 cawan tepung gandum
11/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
Bahan Basah
200gm pisang lenyek
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla
Optional - 1 cawan walnut/coklat cips/raisin
Cara-caranya :-
1. Ayak semua bahan2 kering dan campurkan kismis/coklat cips/walnut. Kemudian ketepikan.
2. Di dalam mixer, pukul telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul hingga kembang. Stop guna mixer.
3. Masukkan pisang, minyak, susu dan esen vanilla dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul adunan sehingga sebati sahaja. (jgn overmix)
4. Bakar 180 darjah celcius, 20-25 min.