Di Eeja Bakery kami mengadakan kelas-kelas yang berkonsepkan hands-on, praktikal & personal.Semua peralatan & bahan-bahan mentah akan disediakan oleh Eeja Bakery. Sila hubungi 013-6143177 untuk pendaftaran kelas & tempahan.
Tuesday, February 21, 2012
CUPCAKES UNTUK ABAH & QISTINA TERSAYANG
Salam n haloo u olls..19 Feb baru ni, harijadi abah eeja yang ke-81..luv u abah...so eeja buat cupcakes spesial untuk abah..cupcakes yellow buttermilk with dark chocolate frosting (namanye pun dah pjg..hehehhe). Resepi ini ambik dari buku Martha Stewart's Cupcakes...rasanya yummy2.. Adik beradik n anak buah semua berkumpul kat rumah org tua..meriah sungguh...dalam masa yg sama, celebrate sekali birthday anak sedara eeja, Qistina yang ke-11 (sambut awal, bday dia 13 Mac) ..happy birthday baby...Seronok kan boleh buat sendiri kek untuk org yang kita sayangi...
Monday, February 13, 2012
KELAS CUPCAKES BERSAMA OMAR N FARAH (BCH)
Farah & Omar bersama Cupcakes
Salam n haloo u olls, cuti Thaipusam baru ni, adik-beradik dari Bandar Country Homes Omar & adiknya Farah datang belajar cupcakes. 2 jenis cupcakes vanilla with strawberry filling and coklat moist..eeja ajar jugak basic deco using buttercream..Dua beradik ni agak pendiam, akak jugak yang banyak cakap..hehehe..tapi yang bagusnya. diorg saling bantu membantu...walaupun agak kekok masa mula2 nak piping buttercream, lama2 dah pandai..."practice make perfect" so all d best dik...
KELAS HOMEMADE COKLAT BERSAMA KAK IDA (BKT A/BANGSA)
Antara Coklat yang diajar..Teddy Bear Nutty Praline
Salam n haloo u olls..5hb Feb baru ni, Kak Ida dari Bukit Antarabangsa datang belajar homemade coklat...kelas kali special sikit sebab buat kat rumah mother in law...tq mak..Actually Kak Ida ni businesswoman...bisnes biskut, roti dan ada bisnes cleaning services lagi..best borak dengan dia, tak kedekut ilmu...tq kak..gambar kak ida x de..masa tu lupa lak nak bawa camera sekali...sori..
Thursday, February 9, 2012
KELAS CREAM PUFF & ECLAIRS BERSAMA ADIK SYUADAH (RAUB)
Adik Syuadah bersama Cream Puffnye...Cute kan..
Salam n haloo u olls, end Jan baru ni adik Syuadah dari Raub, Pahang datang belajar cream puff n eclairs. Adah (nama manja) ni tengah tunggu result SPM..muda lagi..orgnye kecik n cute2 gitu. rasa diri dah tue..hehehe, kena la bahasakan diri 'auntie'. Actually mak dia yang call eeja...mak dia kata anak dia minat baking n sementara tunggu result, datang la cari ilmu walaupun jauh, sanggup di redahi..hehehe. Mula-mula tu, cuak gak, biar betul dari Raub nak datang ke Rawang..jauh tu.......tup, tup kul 10 sharp, dah sampai depan pintu...kagum2...Ajar Adah ni senang, dia cepat pick up n rajin menolong...tq dik.All d best for your SPM..Insha Allah, adik akan berjaya..Amin.
Wednesday, February 8, 2012
KELAS TARTLETS BERSAMA ADIK EMILIA (SHAH ALAM)
Salam n haloo u olls, mulai saat dan ketika ini (mcm lagu lak), eeja akan share dengan semua, student yang attended kelas-kelas di eeja bakery..biar diorang ni glamor sikit..hehehe..mana la tau, ada yang berkenan nak buat menantu...ahaks tapi awas ye, ke check status dulu..hehehe just joking...eeja nak minta maaf utk student yg dulu2 sebab x ambik gambor..tapi u olls still in my heart forever n ever..
Adik Emilia dari Shah Alam datang belajar 3 jenis tartlets, fruit tart, blueberry cheese tart n coklat tart..gambar empunya diri x de..akak lupa lak nak ambik sori ya dik...udah tua la tu...jgn mare akak tau..Adik Emilia peminat fruit tart, dia ada sms, dia kata semua tart yang dibawa balik, abis petang tu jugak...lepas ni dah x payah nak beli lagi..buat sendiri lagi sedopkan.tqvm dik.
RESEPI BERSAMA EEJA : TRUFFLE MOCHA
Truffle Mocha
Salam n haloo u olls...hari ni eeja nak share satu resepi with u olls...bak kata org "sharing is caring" tak gitu...original resepi dari Chef Amer 'sifu coklat' tapi eeja modify sikit..selamat mencuba....
Bahan-bahan
200gm fresh cream/whipping cream
30gm sirap glukosa/madu
15gm serbuk Nescafe
500gm dark chocolate (compound) - dicairkan
500gm milk chocolate (compound) - utk salutan
200gm almond flakes, dipanggang
Cara-caranya
1. Didihkan fresh cream bersama sirap glukosa.
2. Campurkan serbuk Nescafe
3. Tuangkan campuran tadi ke dalam dark chocolate yang telah dicairkan.
4. Kacau adunan sebati sehingga pekat dan biarkan sejuk.
5. Keraskan dalam peti sejuk sejam
6. Keluarkan adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.
7. Masuk semula dalam peti sejuk 5 minit
8. Keluarkan dan celup bebola truffle ke dalam milk chocolate dan golekkan pada badam.
9. Sejukkan truffle dalam peti sejuk selama 10 minit.
Tuesday, January 17, 2012
TIPS BERSAMA EEJA : COKLAT
Salam & haloo u olls, hari ni eeja nak jadi cikgu...(teringin nak jadi cikgu, dalam blog pun jadik le..)okay murid-murid semua dengar & salin apa cikgu nak bagi tau ni...nnti final exam kuar topik ni...hehehe..
Bila kita nak buat coklat yg cantik dan sodap, apa beberapa perkara yang perlu kita tahu....
Bila kita nak buat coklat yg cantik dan sodap, apa beberapa perkara yang perlu kita tahu....
- Semasa membuat candy coklat, pastikan air tidak terkena dengan coklat kerana dengan kehadiran air akan menyebabkan coklat rosak.
- Campuran pewarna dan perisa perlu menggunakan 'oil base' sahaja. Sila baca label sebelum membeli.
- Coklat tidak boleh dicairkan berulangkali. Kekerapan maksimum adalah 2-3 kali sahaja.
- Coklat Couverture tidak boleh sama sekali bercampur dengan Coklat Compound
- Pastikan acuan benar-benar kering sebelum kita gunakannya
- Sekiranya terdapat lebihan coklat (yang belum dicairkan), simpan dalam peti sejuk
- Sekiranya semasa mencairkan coklat, anda dapati coklat likat, ini adalah disebabkan coklat telah meresap lembapan. Untuk menjadikan coklat 'flowing' kembali, anda boleh campurkan dengan lemak sayuran (shortening) yang telah dicairkan sedikit. Ini hanya untuk Coklat Compound sahaja.
- Candy Coklat memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membeku di dalam peti sejuk. (bergantung atas ketebalan acuan)
- Untuk mengelakkan coklat berlubang, isikan separuh coklat yang cair dalam acuan dan kemudian ketukkan beberapa kali supaya angin yang terperangkap (trap air bubble) dapat dikeluarkan.
- Sekiranya terdapat lebihan edible image, simpan dalam peti sejuk untuk elakkan cetakan menjadi pudar
- Basuh acuan (mould) dengan air panas suam.
- Untuk mengelakkan candy coklat berpeluh selepas dikeluarkan dari peti sejuk, simpan candy coklat yang telah siap dalam bekas kedap udara, biarkan seketika dalam suhu bilik, baru keluarkan candy coklat tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)






