Tuesday, January 17, 2012

TIPS BERSAMA EEJA : COKLAT

Salam & haloo u olls, hari ni eeja nak jadi cikgu...(teringin nak jadi cikgu, dalam blog pun jadik le..)okay murid-murid semua dengar & salin apa cikgu nak bagi tau ni...nnti final exam kuar topik ni...hehehe..

Bila kita nak buat coklat yg cantik dan sodap, apa beberapa perkara yang perlu kita tahu....
  1. Semasa membuat candy coklat, pastikan air tidak terkena dengan coklat kerana dengan kehadiran air akan menyebabkan coklat rosak. 
  2. Campuran pewarna dan perisa perlu menggunakan 'oil base' sahaja. Sila baca label sebelum membeli.
  3. Coklat tidak boleh dicairkan berulangkali. Kekerapan maksimum adalah 2-3 kali sahaja.
  4. Coklat Couverture tidak boleh sama sekali bercampur dengan Coklat Compound
  5. Pastikan acuan benar-benar kering sebelum kita gunakannya
  6. Sekiranya terdapat lebihan coklat (yang belum dicairkan), simpan dalam peti sejuk
  7. Sekiranya semasa mencairkan coklat, anda dapati coklat likat, ini adalah disebabkan coklat telah meresap lembapan. Untuk menjadikan coklat 'flowing' kembali, anda boleh campurkan dengan lemak sayuran (shortening) yang telah dicairkan sedikit. Ini hanya untuk Coklat Compound sahaja.
  8. Candy Coklat memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membeku di dalam peti sejuk. (bergantung atas ketebalan acuan)
  9. Untuk mengelakkan coklat berlubang, isikan separuh coklat yang cair dalam acuan dan kemudian ketukkan beberapa kali supaya angin yang terperangkap (trap air bubble) dapat dikeluarkan.
  10. Sekiranya terdapat lebihan edible image, simpan dalam peti sejuk untuk elakkan cetakan menjadi pudar
  11. Basuh acuan (mould) dengan air panas suam.
  12. Untuk mengelakkan candy coklat berpeluh selepas dikeluarkan dari peti sejuk, simpan candy coklat yang telah siap dalam bekas kedap udara, biarkan seketika dalam suhu bilik, baru keluarkan candy coklat tersebut.
Ok la murid2...itu sahaja tips utk kali ini, jgn lupa kita jumpa lagi di minggu hadapan dalam TIPS BERSAMA EEJA...

Tuesday, January 10, 2012

KELAS JANUARI 2012

Salam & haloo u olls...sepanjang bulan Jan ni, kelas-kelas yang pasti akan menarik minat anda untuk belajor spt di bwh :-

1. Kelas Homemade Coklat - 7 jenis coklat yang fofular (popular le...bole bikin bisnes)
2. Kelas Cream Puff dgn Custard Filling (makan satu, nak 10 lagi...punye la sedap)
3. Kelas Fruit Tart, Blueberry Cheese Tart & Coklat Tart (sape yg bernama Cik Tat, kena bljr ni...ahaks)
4. Kelas Vanilla Cupcakes with Strawberry Filling, Coklat Moist Cupcakes & Basic Buttercream Deco
5. Kelas Kek Coklat Moist & Kek Oren Moist (yummy2...makan sorang pun abis..hehehe..)

Apa Yang Menariknya kelas EEJA ni...(banyok le, tak caya meh tgk). Antaranya :-

1. Kelas berkonsepkan Personal & Praktikal (hands on)
2. Kelas yang FUN & ENJOY...no stress2...cikgu yang baikhati (ahaks..akak la tu..)
3. Kelas ada setiap hari bermula 9.30am - 1pm (student bole pilih sendiri bila, kelas mana nak join..it's up to u)
4. Yuran hanya RM150 seorang untuk satu kelas
5. DISKAUN akan diberikan jika ambil lebih dari 1 kelas...
6. Hanya 1-2 orang dalam satu kelas. (cikgu akan memberi tumpuan sepenuhnya...best kan)

Apa lagi? Cepat-cepat mendaftar...calling2 me..0136143177

Tuesday, January 3, 2012

KELAS CUPCAKES - VANILLA & COKLAT MOIST

Salam & haloo u olls....HAPPY NEW YEAR 2012...sempena tahun baru ni, ada kelas baru u olls...kelas cupcakes.. Vanilla cupcakes with Strawberry filling, ada inti..yummy..yummy. Satu lagi, cupcake Coklat Moist..yang ni sesuai bagi mereka yang tak makan butter..sebab akak guna Corn Oil..tapi rasanya..sodap..x yah ceta pjg2..kita layan je gambar ni...opps tunggu sat, selain dari tu akak akan ajar how to decorate ur cupcakes using buttercream (aisey..speaking London jap..hehehe).ok kita layan gambar2 ni..pas tu akak bagi tau detail kelas ye...

 Vanilla Cupcake With Strawberry Filling

 Coklat Moist Cupcake with Snow Powder


Basic Buttercream Deco

KELAS CUPCAKES (PERSONAL)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hand ons) 
  • Anda akan diajar bagaimana membuat cupcakes yang sedap n menarik
  • Anda akan diajar bagaimana utk mendeko cupcake menggunakan buttercream
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10am-1pm (atau anda boleh tentukan sendiri tarikh & masa)
  • Yuran hanya RM150 sahaja
  • Hanya 1-2 orang dalam satu kelas

Wednesday, November 23, 2011

KELAS CREAM PUFF & TARTLETS

Salam & haloo u olls, sape-sape yang nak belajar buat cream puff n tartlets yang sedap (dijamin 100%), ada berita baik....bermula hari ni pendaftaran kelas cream puff & tartlets untuk telah dibuka ...cepat-cepat, jangan ketinggalan. Call /sms eeja di 013-6143177. Detail kelas as below :-



KELAS CREAM PUFF (PERSONAL)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hands-on)
  • Anda akan diajar cara mudah untuk membuat cream puff dan custard filing yang sedap
  • Cara menentukan harga jualan
  • Tips
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10 pagi - 1 tengahari (atau anda tentukan sendiri)
  • Yuran RM150 seorang 
  • Hanya 1-2 orang untuk satu kelas
  • Anda akan bawa pulang hampir 100 biji cream puff yg sudah siap



KELAS TARTLETS (FRUIT TART, BLUEBERRY CHEESE TART & COKLAT TART)
  • Kelas berkonsepkan praktikal (hands-on)
  • Anda akan diajar cara mudah untuk membuat kulit tart (shell) yang rangup dan tahan lama
  • Anda akan diajar membuat 3 jenis filing iaitu custard, coklat dan blueberry cheese.
  • Cara menentukan harga jualan
  • Tips
  • Kelas akan diadakan setiap hari dari jam 10 pagi - 1 tengahari
  • Yuran RM150 seorang
  • Hanya 1-2 orang untuk satu kelas
  • Anda akan bawa pulang 60 biji pelbagai jenis tart plus baki filling yang ada. 

Tuesday, November 8, 2011

EBOOK MARI BELAJAR MEMBUAT COKLAT : KINI BERADA DI PASARAN

Salam & haloo u olls...Alhamdulillah..akhirnya, ebook MARI BELAJAR MEMBUAT HOMEMADE COKLAT telah berjaya disiapkan. Ini semua adalah atas permintaan mereka yang tidak dapat hadir ke kelas saya atas sebab-sebab tertentu. Antara isi kandungan ebook setebal 18 mukasurat ini ialah :-

1. Jenis-jenis coklat - compound vs couverture
2. Penyediaan coklat - teknik tempering vs teknik double boiler
3. 4 jenis teknik membuat coklat - acuan, kelongsong, salutan dan jatuhan (drops)
4. 12 resepi coklat serta 3 resepi filling (inti) yang boleh dikomersialkan - diajar step by step
5. tip-tip berguna
6. Perkhidmatan selepas jualan - dibantu secara online secara PERCUMA

MURAH!MURAH! HANYA RM10 SAHAJA (18 MUKASURAT)...

Bagaimana untuk membeli???
Semudah 1234.....
1. Call/sms saya di talian 0136143177
2. Saya akan beri details no akaun
3. Anda bank in RM10, sms tarikh & masa bank in, nama & email
4. Dalam masa 24jam saya akan email ebook MARI BELAJAR MEMBUAT COKLAT kepada ANDA

Lepas tu, boleh la start buat coklat sendiri...yahoo...

COKLAT TERBARU

Salam & haloo u olls....ada 3 jenis coklat terbaru iaitu trios hazelnut, wafer choc bercorak (guna transfer sheet) dan trufle mocha...semuanye yummy2...

Trios Hazelnut


Wafer Choc Bercorak (Menggunakan Transfer Sheet)

Trufle Mocha Bersalut Badam

PERALATAN ASAS & BAHAN MEMBUAT COKLAT

Salam & haloo u olls..lama tak update blog...nak kata bzee x lak gak...lazy ade la..hehehe...entri kali ni simple je...nak memperkenalkan peralatan asas untuk membuat coklat...alat yang basic mesti ada food warmer (bekas pemanas), mangkuk stainless steel, spatula dan acuan..semua ada di rumah ..senang kan nak buat coklat sendiri....

Dari kiri mangkuk stainless, spatula, food warmer & acuan



Edible Image 'Angry Bird'


Transfer Sheet

Ramai yang bertanya macam mana rupanya edible image & transfer sheet? Boleh di makan ke ? Bole...sebab ianya dibuat dari icing sugar. Beraneka corak dan mudah didapati di kedai yang menjual bahan bakeri.