Tuesday, January 17, 2012

TIPS BERSAMA EEJA : COKLAT

Salam & haloo u olls, hari ni eeja nak jadi cikgu...(teringin nak jadi cikgu, dalam blog pun jadik le..)okay murid-murid semua dengar & salin apa cikgu nak bagi tau ni...nnti final exam kuar topik ni...hehehe..

Bila kita nak buat coklat yg cantik dan sodap, apa beberapa perkara yang perlu kita tahu....
  1. Semasa membuat candy coklat, pastikan air tidak terkena dengan coklat kerana dengan kehadiran air akan menyebabkan coklat rosak. 
  2. Campuran pewarna dan perisa perlu menggunakan 'oil base' sahaja. Sila baca label sebelum membeli.
  3. Coklat tidak boleh dicairkan berulangkali. Kekerapan maksimum adalah 2-3 kali sahaja.
  4. Coklat Couverture tidak boleh sama sekali bercampur dengan Coklat Compound
  5. Pastikan acuan benar-benar kering sebelum kita gunakannya
  6. Sekiranya terdapat lebihan coklat (yang belum dicairkan), simpan dalam peti sejuk
  7. Sekiranya semasa mencairkan coklat, anda dapati coklat likat, ini adalah disebabkan coklat telah meresap lembapan. Untuk menjadikan coklat 'flowing' kembali, anda boleh campurkan dengan lemak sayuran (shortening) yang telah dicairkan sedikit. Ini hanya untuk Coklat Compound sahaja.
  8. Candy Coklat memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membeku di dalam peti sejuk. (bergantung atas ketebalan acuan)
  9. Untuk mengelakkan coklat berlubang, isikan separuh coklat yang cair dalam acuan dan kemudian ketukkan beberapa kali supaya angin yang terperangkap (trap air bubble) dapat dikeluarkan.
  10. Sekiranya terdapat lebihan edible image, simpan dalam peti sejuk untuk elakkan cetakan menjadi pudar
  11. Basuh acuan (mould) dengan air panas suam.
  12. Untuk mengelakkan candy coklat berpeluh selepas dikeluarkan dari peti sejuk, simpan candy coklat yang telah siap dalam bekas kedap udara, biarkan seketika dalam suhu bilik, baru keluarkan candy coklat tersebut.
Ok la murid2...itu sahaja tips utk kali ini, jgn lupa kita jumpa lagi di minggu hadapan dalam TIPS BERSAMA EEJA...