Thursday, March 8, 2012

TEMPAHAN CUPCAKES 600 PCS

Sebahagian dari cupcakes yang dah siap

Salam n haloo u olls...last week was a bzee day for me...nak kena siapkan tempahan cupcakes 600 biji..ambik kau...tempahan dari Su Bangi for her wedding...dah la buat sorang2...jenuh jugak la nak siapkan..sampai bawa ke mimpi le..ahaks...nasib baik cik abang ada sebelah malam, bole la tolong packing kan....alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..tak pa, esoknye bole rehat puas-puas...yahoo..for su, selamat pengantin baru n semoga berkekalan ke akhir hayat..sori akak x dapat datang masa majlis tu ya...  

TIPS BERSAMA EEJA : KEK

Salam n haloo u olls...eeja ke udara lagi...hari ni nak share tips "all about cakes"...eeja dapat info ni dari sumber2 yang bole dipercayai..mcm reporter lak..hehehe..sumbernya dari buku memasak, suratkhabar n internet..semoga info ni dapat menjadi guideline for u olls...

1. Kenapa kek jatuh selepas dikeluarkan (mendap)? Ya la..mula2 kita tengok dalam oven naik cantik je kek kita,pas tu mcm kena cucuk, terus kempis...apa sebabnye yek? Sebabnya ialah kek tak cukup masak atau suhu yang tidak cukup panas atau adunan kek yang tidak cukup udara.

2. Kek harus dibakar pada suhu 180 darjah celcius

3. Pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutama ketika memukul butter dengan gula, ketika masukkan telur dan ketika mengacau tepung. Ini bagi memastikan kek memerangkap udara.

4. Jangan masukkan telur sekaligus..contohnya dalam resepi disebut 5 biji telur, pakai telur gred A ya...jangan dik non masukkan 5 biji sekali gus...salah tu dik non...yang betulnya, masukkan sebiji dan tunggu dalam masa 30 saat baru masuk telur seterusnya dan ulangi step yang sama.faham ya dik non..

5.Ayak tepung dahulu dengan bahan penaik seperti baking powder n baking soda sebelum dicampur dalam adunan..supaya bahan penaik tadi serata dalam adunan, tak de la nanti terasa bila kita makan kek..spoil je..

6. Kek harus dibakar dalam 30 minit ke atas (jangan buka oven sebelum 30 minit). Sebab bila kita buka selalu, udara akan masuk ke dalam oven, dan menyebabkan kek kita tak naik cantik. .ingat ya dik non..

7.  Bagi penggunaan oven disyorkan guna api atas dan bawah, tidak perlu kipas sebab ia tidak sesuai, kek akan cepat kering...

8. Kalau buat kek keju, selepas kek masak,biarkan seketika dalam oven sambil pintu oven dibuka untuk elakkan kek mendap atau pecah selepas dikeluarkan.

Ok itu je..for now, kalau eeja jumpa lagi info tentang kek, i will share with u olls...